![]() |
| Budak lapan tahun masuk universiti |
BRUSSELS - BELGIUM. Seorang kanak-kanak lelaki, Laurent Simons yang memiliki tahap kecergasan minda (IQ) 145 bakal menyambung pengajian ke sebuah universiti pada usia lapan tahun.
Laurent yang menggemari subjek matematik, baru-baru ini telah menamatkan pendidikan sekolah menengah dengan menyaksikan dia duduk bersama rakan sekelas yang rata-ratanya berusia 18 tahun pada satu majlis graduasi.
Bercakap kepada radio RTBF, Laurent berkata, dia suka subjek matematik kerana skopnya begitu luas, selain mempunyai statistik, geometri dan algebra.
Bapa kanak-kanak itu, Alexander berkata anaknya tidak suka permainan kanak-kanak, juga sukar untuk bermain dengan kanak-kanak lain seusianya.
Laurent yang berminat untuk menjadi pakar bedah atau angkasawan berkata, dia kini cenderung untuk mendalami bidang berkaitan komputer.
�Malah, jika dia berminat untuk menjadi tukang kayu, kami tiada masalah asalkan dia gembira,� kata bapanya. - BBC



